Keluasan penggunaan Bahasa Inggeris di seluruh dunia کلواسن ڤݢوناءن بهاس ايڠݢوناءن دسلوروه دنيا Bahasa_Inggeris

Kini, terdapat 1.4 bilion orang yang menggunakan pelbagai loghat bahasa Inggeris setiap hari. Sekitar 400 juta orang menutur bahasa ini sebagai bahasa ibunda[3], manakala lebih kurang 800 juta orang yang menjadikannya bahasa kedua. Bahasa Inggeris luas digunakan di lebih 100 negara di seluruh dunia. Kedudukan bahasa Inggeris masa kini dibandingkan dengan bahasa Latin pada zaman silam. Bahasa Inggeris dijadikan peralatan penting untuk pengembara muda yang menjelajah antara benua masa kini, tidak kira sama ada ditutur oleh mereka sebagai bahasa ibunda atau tidak.

Bahasa Inggeris barang kali merupakan bahasa ketiga terbesar dunia dari segi jumlah penutur asli, selepas Bahasa Cina dan Bahasa Sepanyol.[4][5] Namun, Bahasa Inggeris barang kali merupakan bahasa kedua paling umum dunia setelah menggabungkan kadar penutur asli dan penutur sekunder, walau bagaimanapun perkara ini bergantung pada perbezaan kriteria klasifikasi antara "bahasa" dan "dialek").[6][7]

Pakar Bahasa David Crystal telah menganggarkan bilangan pengguna bahasa Inggeris bukan-asli telah mencecah bilangan pengguna asli dengan kadar 3 kali ganda.[8]

Negara-negara yang mempunyai bilangan penutur asli bahasa Inggeris yang tertinggi adalah seperti berikut: Amerika Syarikat (215 million),[9] United Kingdom (61 juta),[10] Kanada (18.2 juta),[11] Australia (15.5 juta),[12] Nigeria (4 juta),[13] Ireland (3.8 juta),[10] Afrika Selatan (3.7 juta),[14] dan New Zealand (3.6 juta) Bancian 2006.[15]

Jumlah penutur mengikut negara جومله ڤنوتور مڠيکوت نݢارا

Pembahagian penutur asli bahasa Inggeris dalam dunia barat mengikut negara (Crystal 1997)
Negara% Penduduk PenuturJumlah PendudukJumlah PenuturPenutur asliPenutur bahasa keduaSumber
1 Amerika Syarikat95.81%262,375,152251,388,301215,423,55735,964,744Bancian 2000 Amerika Syarikat
2 India23.18%1,100,000,000232,000,000226,44986,125,221 (Bahasa kedua) 38,993,066 (Bahasa Ketiga)
3 Nigeria53.34%148,093,00079,000,0004,000,000>75,000,000
4 United Kingdom97.74%60,975,00059,600,00058,100,0001,500,000
5 Filipina55.46%97,000,00049,800,0003,427,00046,373,000
6 Jerman56%82,191,00046,000,000272,50446,000,000
7 Kanada85.18%33,355,40025,246,22017,694,8307,551,390
8 Perancis36%64,473,14023,000,00023,000,000
9 Pakistan10.97%164,157,00018,000,00018,000,000
10 Australia97.03%21,394,30917,357,83315,013,9652,343,868

Bahasa Utama بهاس اوتام

Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di Anguilla, Antigua dan Barbuda, Australia, Bahamas, Barbados, Belize, Bermuda, Wilayah Lautan Hindi British, Kepulauan Virgin British, Canada, Kepulauan Cayman, Dominica, Kepulauan Falkland, Gibraltar, Grenada, Guam, Guernsey, Guyana, Ireland , The Isle of Man, Jamaica, Jersey, Montserrat, Nauru, New Zealand, Kepulauan Pitcairn, Saint Helena, Saint Kitts dan Nevis, Saint Vincent dan the Grenadines, Singapura, Kepulauan South Georgia dan South Sandwich, Trinidad dan Tobago, Kepulauan Turks dan Caicos, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Terdapat beberapa negara yang memperuntukkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tetapi bukan bahasa yang paling kerap digunakan, negara-negara tersebut merangkumi Botswana, Cameroon, Federated States of Micronesia, Fiji, Filipina, Gambia, Ghana, India, Kenya, Kiribati, Lesotho, Liberia, Madagascar, Malta, Kepulauan Marshall, Mauritius, Namibia, Nigeria, Pakistan, Palau, Papua New Guinea, Rwanda, Saint Lucia, Samoa, Seychelles, Sierra Leone, Solomon Islands, Sri Lanka, Sudan, Swaziland, Tanzania, Uganda, Zambia dan Zimbabwe.

Bahasa Inggeris diberikan status setaraf dengan sebelas bahasa rasmi yang lain di negara Afrika Selatan. Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi di wilayah bergantungan negara Australia (Pulau Norfolk, Pulau Christmas and Pulau Cocos) dan Amerika Syarikat (Samoa, Guam, Kepulauan Marian Utara, Puerto Rico, and the Kepulauan Virgin Amerika)[16], dan koloni mahkota British Hong Kong.

Bahasa Inggeris tidak diberikan status bahasa rasmi di Amerika Syarikat dan United Kingdom[17][18]. Walaupun kerajaan persekutuan Amerika Syarikat tidak mengakui status rasmi bahasa tersebut, bahasa Inggeris telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi di 30 daripada 50 kerajaan negeri Amerika Syarikat[19]. Di beberapa negara, walaupun tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi, Bahasa Inggeris tetap diakui bahasa penting terutamanya dalam kalangan negara bekas koloni British, seperti Bahrain, Bangladesh, Brunei, Cyprus, Malaysia, and United Arab Emirates. Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di banyak negara, antaranya wilayah Singapura dan Malaysia, bahasa Inggeris diterapkan sebagai mata pelajaran teras dalam sukatan pelajaran negara-negara tersebut.[20]

Bahasa Antarabangsa

Oleh sebab bahasa Inggeris begitu kerap digunakan, bahasa tersebut telah disebut sebagai "bahasa antarabangsa", ataupun lingua franca era pascaglobalisasi.[21] Walaupun bahasa tersebut tidak ditetapkan sebagai bahasa rasmi di banyak negara, bahasa Inggeris merupakan bahasa asing yang paling umum dan sering diajarkan. Beberapa pakar bahasa menggangap bahawa bahasa Inggeris itu tidak lagi milik eksklusif budaya "pengguna Inggeris asli", tetapi hak milik semua penuturnya, selaras dengan dasar demokratisasi bahasa. Bahasa Inggeris akan terus berkembang, pada masa yang sama, terus dipengaruhi pelbagai budaya-budaya lain.[21] Bahasa Inggeris, disebabkan perjanjian antarabangsa, ialah bahasa rasmi untuk komunikasi udara dan maritim.[22]

Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi untuk pelbagai entiti supranasional dan perbadanan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ASEAN, Pertubuhan Persidangan Islam, Negara-Negara Komanwel, Kesatuan Afrika, Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan, Pertubuhan Negara-negara Amerika, Majlis Eropah, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Perjanjian UKUSA, Pertubuhan Kepulauan Pasifik dan lain-lain.

Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa asing yang paling umum diajarkan di Kesatuan Eropah yang merangkumi 27 negara, iaitu diajarkan kepada 89% daripada pelajar sekolah rantau tersebut, mendahului bahasa Perancis yang mencatat 32%, majoriti penduduk Kesatuan Eropah berpandangan bahawa Bahasa Inggeris lebih penting daripada bahasa Perancis dalam kalangan bahasa asing, dengan 68% menyokong bahasa Inggeris daripada bahasa Perancis.[23] Dalam kalangan negara-negara Kesatuan Eropah yang bukan berbahasa Inggeris, terdapat bilangan besar penduduk yang dapat bertutur dalam bahasa Inggeris — terutamanya: 85% di Sweden, 83% di Denmark, 79% di Belanda, 66% di Luxembourg dan lebih daripada 50% di Finland, Slovenia, Austria, Belgium, dan Germany.[24]

Buku-buku, majalah-majalah, dan surat akhbar bahasa Inggeris dapat dijumpai pada seantero dunia. Bahasa Inggeris merupakan bahasa paling umum dalam bidang Sains[21] , Science Citation Index telah melaporkan bahawa seawal 1997 95% artikel dan rencananya ditulis dalam bahasa Inggeris, hanya separuh daripadanya datang daripada penulis negara berbahasa inggeris.